FaceBook Twitter

Bagaimana anda boleh membantu

Kami bernasib baik dapat memberi tawaran tugasan untuk sesiapa sahaja yang berminat. Kami berharap anda dapat menemui sesuatu yang anda minati di bawah. Jika tidak, sila maklumkan kepada kami dan kami boleh mencipta tugasan untuk anda!

Pengarang-pengarang

Adakah anda fasih berbahasa Inggeris? Mempunyai kefahaman yang baik tentang Ubuntu? Tahu bagaimana untuk membuat ayat-ayat yang baik untuk pengguna baharu Ubuntu fahami dengan senang?

Kami memerlukan bantuan anda dalam topik berikut:

  • Pemasangan
  • Desktop Ubuntu
  • Baris Arahan
  • Keselamatan
  • Penyelesaian masalah

Jika anda mempunyai pengetahuan dalam topik-topik tersebut dan ingin membantu dalam penulisan bahagian tersebut, klik disini untuk mengetahui apa yang diperlukan untuk bermula!

Jadi seorang Pengarang

Penyunting

Di Projek Manual Ubuntu kami berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan material berkualiti untuk pembaca kami. Ini bermakna kami mempunyai polisi pengeditan yang ketat dan mengambil berat untuk memperincikan walaupun satu koma kecil. Jika anda bagus dalam tatabahasa dan inginkan segalanya sempurna, kami memerlukan bantuan anda dengan:

  • Memeriksa ejaan pembacaan pruf dan tatabahasa
  • Memeriksa kekonsistenan pemformatan
  • Memeriksa kekonsistenan bahasa dan stail
  • Memasukkan daftar glosari
  • Memasukkan daftar ke dalam indeks

Fikir anda sudah bersedia untuk tugasan tersebut? Klik disini untuk dapatkan apa yang anda perlu tahu untuk bermula!

Jadilah Penyunting

Para Penterjemah

Disini dalam projek manual ini kami tidak bergurau apabila ingin menerbitkan dokumentasi yang mengujakan. Ianya sangat mengujakan kerana, ia telah diterjemahkan kepada berdozen-dozen bahasa - lebih 50 buah bahasa. Kami sentiasa memerlukan lebih ramai penterjemah untuk membantu penerbitan kami boleh didapati oleh seramai mungkin orang di seluruh dunia selagi kami mampu!

Hanya sahaja prasyaratnya ialah anda boleh memahami bahasa Inggeris untuk melakukan penterjemahan ke dalam bahasa anda, dan anda memerlukan akaun Launcpad!

Klik disini untuk maklumat lanjut.

Jadilah Penterjemah

Pengaturcara

Kami bernasib baik kerana mempunyai projek yang besar, jadi kami telah membangunkan peralatan dan aplikasi kami sendiri untuk membantu kami menyelesaikan segalanya. Pada masa ini, fokus utama kami adalah Quickshot, satu aplikasi python yang membantu kami mengambil banyak cekupan skrin yang dilokalisasikan.

Kami memerlukan pembangun python bagi membantu dalam:

  • Rekaan Antaramuka
  • Berurusan dengan Bazaar dan Launchpad

Terasa anda boleh meringankan beban? Klik disini untuk mengetahui apa yang anda perlukan untuk bermula!

Jadilah Pengaturcara

Pereka

Penerbitan kami kelihatan cantik, kami mempunyai banyak imej-imej yang menarik seperti ikon bab-bab dan halaman mula yang kami hasilkan. Kami juga mempunyai laman sesawang yang menarik yang perlu dipelihara dan kami sentiasa menambah apa-apa yang baharu untuk menjadikannya kelihatan menarik.

Jika anda mempunyai skil dalam sebarang perkara berikut, kami memerlukan anda!

  • Pereka laman sesawang
  • Berpengalaman dalam HTML, CSS dan standard laman sesawang
  • Karyaseni seperti mereka halaman mula dan ikon
  • Mereka antaramuka pengguna untuk aplikasi yang kami bangunkan sendiri seperti Quickshot

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik disini!

Jadi Pereka