Tentang Manual
Mari Bermula dengan Ubuntu 16.04 adalah panduan komprehensif untuk sistem pengoperasian Ubuntu. Ia ditulis dibawah lesen sumber terbuka dan adalah percuma untuk dimuat turun, baca, ubahsuai atau kongsi.
Manual ini akan membantu anda mengendali dengan lebih baik tugasan-tugasan harian seperti melayari laman sesawang, mendengar muzik dan mengimbas dokumen. Dengan arahan-arahan yang senang diikuti, ianya sesuai bagi semua peringkat pengalaman.
Kelebihan
Mudah difahami - manual kami berbentuk arahan langkah demi langkah dan bebas jargon
Gambar membawa seribu maksud - pelbagai cekupan skrin untuk memperlihatkan kepada anda bagaimana melakukan tugasan
Semua dalam satu - semuanya terdapat dalam satu fail, dengan ini dapat mengurangkan kesusahan anda mencari dalam pelbagai laman sesawang untuk bantuan.
Pembelajaran yang progresif - bermula dari asas, dan belajar sebagaimana anda bekerja melalui setiap bab
Perlbagai bahasa - diterjemahkan kepada lebih daripada 52 bahasa, termasuk cekupan skrin dilokalisasikan
Dilesenkan dibawah CC-BY-SA - muat turun, ubahsuai, terbitkan semula dan kongsi sebanyak yang anda suka
Percuma - dokumen kami ditulis oleh komuniti Ubuntu dan tiada sebarang bayaran untuk menggunakannya
Mesra pencetak - Kami mempunyai versi yang dipertingkatkan untuk pencetakan bagi menyelamatkan pokok-pokok
Bahagian penyelesaian masalah - untuk membantu anda menyelesaikan masalah umum Ubuntu dengan pantas